Thursday, 30 May 2013

Gambus

Hari ini hari yang sangat ceria untuk saya. Dikesempatan ini, saya ingin mengajak anda semua menembusi relung waktu untuk menyingkap rahsia disebalik gahnya gambus.

Gambus merupakan nama yang sangat unik, pasti si empunya nama juga memiliki nilai estetika yang tinggi. Jangan keliru wahai si pembaca budiman, gambus yang dimaksudkan bukanlah merujuk kepada seseorang insan tetapi ia adalah salah satu daripada alat muzik tradisional di Malaysia.  

Sebenarnya Gambus merupakan alat muzik yang telah diadaptasi daripada timur tengah, orang arab menggelarnya sebagai “oud”. Gambus selalu dimainkan bersama gendang untuk mengiringi samrah dan  tarian zapin di Malaysia.

Apabila bercakap mengenai gambus, pasti kita sudah terbayang akan muzik ghazal yang membuatkan kita tenang mendengar melodinya. Alatan serta alunannya seakan sudah menjadi sebati bersama.

Mengikut Kajian saintifik pula, irama gambus terbukti dapat dijadikan ubat  dan ia sangat berkesan pada waktu-waktu tertentu. Alunan muzik gambus dipercayai dapat menenangkan jiwa, menyegarkan fikiran dan mencegah kemurungan.  Sememangnya kaedah ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah diperkenalkan sejak abad ke-9 lamanya.

Kelebihan gambus daripada sudut perubatan

Sayangnya, alat muzik ini hanyalah dimainkan oleh majoritinya golongan lelaki yang telah berusia, bukanlah saya hendak mengatakan golongan wanita tiada yang berbakat, Cuma jumlahnya terlalu minoriti.

Fauziah gambus: lagu ampuk-ampuk bulan

Justeru, jika tiada pelapis generasi muda yang mahu menggalas tanggungjawab untuk terus memainkan alat muzik ini, tidak mustahil suatu hari nanti kita hanya akan melihat gambus ini  digantungkan di dinding-dinding muzium tanpa melodi ghazalnya.



Samrah



Tarian Zapin


No comments:

Post a Comment