Thursday, 30 May 2013

Harpa 'harp'

Setelah sekian lama berada di dalam keterbalikan waktu, kini saya kembali semula ke ruang realiti yang asli. Hari ini penulis masih mencari-cari topik yang menarik untuk diceritakan. Sehingga masa beranjak ke perlabuhan seterusnya baharu saya terfikir akan sesuatu yang menarik.

Justeru, hari ini saya ingin membawa pembaca terbang ke perairan pantai muzik yang berlautkan klasikal. Untuk itu, saya ingin bercerita mengenai satu alat muzik berbentuk  elegan.apakah itu??

Anda kenal alat muzik di atas, alat muzik ini dikenali sebagai harpa atau bahasa inggerisnya 'harp'.
Harpa dijolok dengan gelaran elegan kerana bentuknya yang melengkung,bersegi tiga, serta disaluti elemen logam berwarna emas pada setiap pengait stringnya.
Harpa juga terdapat dalam pelbagai variasi bentuk,ukuran dan berat, tetapi komponen utama tetap dibahagikan kepada tiga bahagian:-
  1. Papan suara (sound board)
  2. Leher ( neck)
  3. Tali ( string)
Harpa biasanya didetikkan dengan muzik bernada klasik, apabila dipetik, harpa akan mengeluarkan detingan yang begitu indah dan mengasyikkan. Tetapi bukan semua orang mampu memainkannya kerana terdapat
harpa yang bukan sahaja dimainkan dengan jari tetapi kaki juga harus memainkan peranan yang sama, kerana pada bahagian kaki harpa tersebut terdapat pedal yang harus dipijak mengikut alunan stringnya.

Harpa merupakan salah satu instrumen tertua dunia kerana dikatakan telah wujud sejak zaman kuno mesir sekitar tahun 2500 sebelum masehi, walau bagaimanapun harpa tidak begitu dikenali ramai terutamanya di Malaysia.

Harpa juga sinonim dengan konsert yang berbentuk orkestra simfoni. Selalunya harpa akan dipetik bersama iringan suara vokal, suara flute,jazz bass dan drum. Walaupun harpa dapat mengeluarkan melodi harmoni ia juga dikaitkan dengan sifat yang membosankan kerana harp hanya dimainkan di dalam muzikal klasik.





.

No comments:

Post a Comment