Assalamualaikum w.b.t & salam keceriaan satu Malaysia.
Melodi, nada, bunyi, atau lebih tepat sekali muzik berlaku
dalam kehidupan harian kita sama ada secara semula jadi atau daripada alatnya.
Tiada lautan tanpa deru ombaknya, sunyilah awan tanpa
dentuman guruh, dan hilanglah seri angin tanpa bunyi deruannya. Kadang kala
bunyi ayam yang berkokok pada waktu pagi lebih memudahkan kita terjaga berbanding
jam loceng yang kita mudah meng “off” kan apabila bangkit bunyinya.
Melodi juga tercipta dengan alat muzik yang pelbagai jenis.
Tiada manusia yang menempuhi zaman tanpa alat muzik. Malah alat muzik juga
turut dimainkan pada zaman baginda seperti paluan kompang. Hal ini bermakna,
islam juga mengharuskan alunan alat muzik dalam had yang terbatas.
Justeru, blog ini khas dicipta untuk admin mengisahkan serba sedikit mengenai pelbagai jenis alat muzik tradisional dan moden seperti Piano, gitar, gambus, rebana, kompang dan sebagainya.
lihat etri ini
lihat etri ini
No comments:
Post a Comment