Thursday, 30 May 2013

Harpa 'harp'

Setelah sekian lama berada di dalam keterbalikan waktu, kini saya kembali semula ke ruang realiti yang asli. Hari ini penulis masih mencari-cari topik yang menarik untuk diceritakan. Sehingga masa beranjak ke perlabuhan seterusnya baharu saya terfikir akan sesuatu yang menarik.

Justeru, hari ini saya ingin membawa pembaca terbang ke perairan pantai muzik yang berlautkan klasikal. Untuk itu, saya ingin bercerita mengenai satu alat muzik berbentuk  elegan.apakah itu??

Anda kenal alat muzik di atas, alat muzik ini dikenali sebagai harpa atau bahasa inggerisnya 'harp'.
Harpa dijolok dengan gelaran elegan kerana bentuknya yang melengkung,bersegi tiga, serta disaluti elemen logam berwarna emas pada setiap pengait stringnya.
Harpa juga terdapat dalam pelbagai variasi bentuk,ukuran dan berat, tetapi komponen utama tetap dibahagikan kepada tiga bahagian:-
  1. Papan suara (sound board)
  2. Leher ( neck)
  3. Tali ( string)
Harpa biasanya didetikkan dengan muzik bernada klasik, apabila dipetik, harpa akan mengeluarkan detingan yang begitu indah dan mengasyikkan. Tetapi bukan semua orang mampu memainkannya kerana terdapat
harpa yang bukan sahaja dimainkan dengan jari tetapi kaki juga harus memainkan peranan yang sama, kerana pada bahagian kaki harpa tersebut terdapat pedal yang harus dipijak mengikut alunan stringnya.

Harpa merupakan salah satu instrumen tertua dunia kerana dikatakan telah wujud sejak zaman kuno mesir sekitar tahun 2500 sebelum masehi, walau bagaimanapun harpa tidak begitu dikenali ramai terutamanya di Malaysia.

Harpa juga sinonim dengan konsert yang berbentuk orkestra simfoni. Selalunya harpa akan dipetik bersama iringan suara vokal, suara flute,jazz bass dan drum. Walaupun harpa dapat mengeluarkan melodi harmoni ia juga dikaitkan dengan sifat yang membosankan kerana harp hanya dimainkan di dalam muzikal klasik.





.

Rebana ubi

  • Rebana ubi memiliki saiz jauh lebih besar daripada rebana biasa, ia juga diklasifikasikan sebagai gendang.
  • Pada zaman dahulu, Rebana ubi digunakan sebagai isyarat atau petanda untuk menyampaikan sesuatu berita melalui paluan bunyinya.
  • Rebana ubi akan dipalu dengan paluan yang berlainan irama mengikut berita yang ingin di sampaikan.   
  • Kini, Rebana ubi hanya digunakan untuk upacara istiadat atau persembahan tertentu.
  • Walau bagaimanapun, rebana ubi ini sangat popular dalam kelompok masyarakat pantai timur terutama kelantan sehingga ke hari ini.



Rebana


Masih lagi menitipkan kisah alat muzik di atas puing- puing tradisional. Kali ini, saya ingin memberitahu anda mengenai rebana.



  • Rebana merupakan alat muzik tradisional yang berasal daripada timur tengah dan dimainkan untuk acara-acara kebudayaan.
  • Rebana merupakan alat muzik tradisional yang popular dalam masyarakat pahang terutama bagi penduduk sekitar sungai pahang.
  • Bentuknya seperti pasu membuatkan si pemain mudah meletakkan nya di atas riba semasa persembahan sedang berjalan.
  •  Rebana juga menghasil irama berbunyi mnemonik "tak" apabila dipalu dibahagian sisi alat muzik ini.
  • Antara lagu-lagu tradisional yang dimainkan senonim dengan paluan rebana ialah 'indung-indung' dan 'pelanduk-pelanduk'.



Gendang


Nampaknya jari ini tidak putus-putus menaip mengenai alat muzik di dalam lingkaran waktu epik tradisional. Ini semua disebabkan irama ghazal yang menenangkan daripada alat muzik gambus  menyebabkan tangan ini lebih selesa menari di atas genre alatan muzik yang lebih kurang sama.

Pertama, mari kita membongkar sedikit rahsia mengenai gendang:

  • Gendang merupakan alat muzik yang tergolong dalam keluarga genderang selain kompang dan rebana kerana permukaan belulang (kulit muka) tiga beradik ini adalah serupa. 
  • Gendang mempunyai 3 nama yang berbeza memgikut suku kaum yang berlainan. Kaum melayu memanggilnya 'gendang' manakala suku kaum bajau menggelarnya 'gandang' sementara orang jawa pula menyebutnya sebagai 'khendang'.
  • Gendang mempuyai saiz yang berbeza-beza dan digunakan di dalam pelbagai majlis yang berbeza seperti pertabalan Diraja, majlis tarian mahupun perayaan.
  •  Gendang juga terbahagi di dalam beberapa jenis seperti gendang ibu dan gendang anak.
gendang masyarakat melayu


Kompang

Selain Gambus, Kompang juga merupakan salah satu daripada alat muzik tradisional yang paling popular. Mana tidaknya, setiap kali majlis perkahwinan di adakan kita akan mendengar paluan kompang di mainkan dengan begitu rancak bagi meraikan si raja sehari dan para tetamu, ia juga merupakan lambang kebudayaan masyarakat melayu.
Add caption

Seperti gambus, kompang juga datang daripada tanah arab yang dipercayai dibawah masuk ke tanah melayu oleh pedagang india muslim pada zaman kesultanan Melaka, sejarah juga mengatakan kompang telah dibawa masuk oleh pedagang arab pada abad ke-13.

Apakah ciri-ciri kompang?

Pada permulaan kewujudannya, kulit kompang diperbuat daripada kulit kambing betina manakala bahagian pemegangnya ataupun baluh diperbuat daripada kayu yang kemudiannya diselitkan dengan seurat rotan dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan bahagian permukaan  kompang ataupun dipanggil belulang agar paluan kompang menjadi lebih nyaring.

Namun, pada zaman kini kebanyakan kompang diperbuat daripada kulit lembu, atau bahan getah (sintetik) manakala bingkai kayu ditukar kepada gelung plastik. Walaupun bahan yang digunakan agak berbeza tetapi hasil bunyi yang dihasilkan tetap sama.

Bagaimana cara memalu kompang?


Caranya dengan memalu di sisi dan ditengah kompang dengan cara paluan tangan yang berbeza, bunyi “bum” dapat dihasilkan dengan memalu di sisi kompang dengan gaya tapak tangan yang mengucup manakala bunyi “pak” dihasilkan dengan cara bukaan tapak tangan memalu di tengah permukaan kompang.

Walaupun paluan kompang lebih sinonim dengan majlis perkahwinan kaum melayu, tetapi ia juga turut di mainkan dalam majlis perarakan, majlis maulidur rasul, dan majlis-majlis tradisi yang lain.







Gambus

Hari ini hari yang sangat ceria untuk saya. Dikesempatan ini, saya ingin mengajak anda semua menembusi relung waktu untuk menyingkap rahsia disebalik gahnya gambus.

Gambus merupakan nama yang sangat unik, pasti si empunya nama juga memiliki nilai estetika yang tinggi. Jangan keliru wahai si pembaca budiman, gambus yang dimaksudkan bukanlah merujuk kepada seseorang insan tetapi ia adalah salah satu daripada alat muzik tradisional di Malaysia.  

Sebenarnya Gambus merupakan alat muzik yang telah diadaptasi daripada timur tengah, orang arab menggelarnya sebagai “oud”. Gambus selalu dimainkan bersama gendang untuk mengiringi samrah dan  tarian zapin di Malaysia.

Apabila bercakap mengenai gambus, pasti kita sudah terbayang akan muzik ghazal yang membuatkan kita tenang mendengar melodinya. Alatan serta alunannya seakan sudah menjadi sebati bersama.

Mengikut Kajian saintifik pula, irama gambus terbukti dapat dijadikan ubat  dan ia sangat berkesan pada waktu-waktu tertentu. Alunan muzik gambus dipercayai dapat menenangkan jiwa, menyegarkan fikiran dan mencegah kemurungan.  Sememangnya kaedah ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah diperkenalkan sejak abad ke-9 lamanya.

Kelebihan gambus daripada sudut perubatan

Sayangnya, alat muzik ini hanyalah dimainkan oleh majoritinya golongan lelaki yang telah berusia, bukanlah saya hendak mengatakan golongan wanita tiada yang berbakat, Cuma jumlahnya terlalu minoriti.

Fauziah gambus: lagu ampuk-ampuk bulan

Justeru, jika tiada pelapis generasi muda yang mahu menggalas tanggungjawab untuk terus memainkan alat muzik ini, tidak mustahil suatu hari nanti kita hanya akan melihat gambus ini  digantungkan di dinding-dinding muzium tanpa melodi ghazalnya.



Samrah



Tarian Zapin


GItar



Anda kenal artis diatas?sudah tentu bukan. Dialah Man kidal artis tersohor tanah air kerana bakatnya yang hebat memetik gitar menggunakan tangan kirinya.

Walaupun minat saya lebih menjurus ke arah piano, tetapi kali ini jari ini lebih rancak menari di atas papan kekunci ini untuk menyingkap serba sedikit kisah mengenai alat musik yang digelar gitar.
Untuk pengetahuan pembaca blog ini, gitar mempunyai banyak jenis diantaranya :

Gitar klasik 


Gitar elektrik


GItar semi akustik

Gitar eletrik bass bertali lima



Gitar moodswingger (gitar pelik)




Gitar mempunyai sejarah yang terulung,sejarah mengenai gitar.tidak semua orang mengetahui tentang asal usulnya.
Gitar mempunyai bentuk seperti biola, tetapi asasnya gitar terdiri daripada satu batang panjang dengan ruas-ruasnya yang disebut ‘fret’, pada batangnya terdapat tali-tali yang menghasilkan getaran bunyi yang berbeza.

Gitar dimainkan dengan memetik pada talinya menggunakan jari atau pemetik gitar (plektrum). 
Plektrum (alat pemetik gitar)
Gitar merupakan alat musik yang wajib ada dalam sesuatu konsert samaada konsert itu diadakan secara besar-besaran atau kecil- kecilan.

Wednesday, 29 May 2013

Jenis-jenis piano

Pada lembaran kisah sebelum ini,kita telah mengetahui serba sedikit mengenai sejarah alat muzik piano, rasanya tidak lengkap pula sekiranya kita tidak mengetahui jenis-jenis nya.Oleh itu, pada lembaran kali ini ,saya akan berkongsi pengetahuan yang baru setahun jagung ini mengenai beberapa jenis alat musik yang kita hanya mengetahuinya dengan satu nama iaitu piano. Diantaranya :




Upright piano

  • Jika anda penggemar piano akustik berentak asli, Upright piano merupakan pilihan yang tepat. Kotak akustik piano ini diperbuat daripada elemen kayu dan mempunyai 88 tuts. Upright piano merupakan piano jenis vertical dengan saiz terbesar berukuran 127-125cm.
  • Upright piano juga kelihatan seperti perabot dan hanya memerlukan ruang yang sedikit untuk diletakkan di satu sudut kecil kerana saiznya yang menjimatkan tempat berbanding grand piano.


Grand piano
  • Sebuah piano berwajah elegan,hanya pemilik yang ber’wang’ sahaja mampu memilikinya kerana harganya menyamai harga sebuah kereta mewah.
  • Frame dan stringnya berbentuk horizontal dengan talinya yang dilanjutkan jauh daripada keyboard yang berjumlah 88 tuts,Piano jenis ini juga terdiri daripada elemen  kayu yang berkilat.
  • Grand piano mempunyai saiz yang berbeza-beza. Pertama, konsert grand piano dengan 2-3m panjang kira-kira 7-10 kaki. Kedua, parlor grand piano atau dikenali bondoir piano dengan saiznya 1,7-2,2m kira-kira 6-7 kaki,manakala yang terakhir baby grand piano berukuran 1.5m iaitu 5 kaki.
  • Umumnya,grand piano selalunya di mainkan di dalam satu majlis yang berprestij tinggi. Kini, pemegang takhta pianis terhebat abad ini berasal daripada Rusia yang bernama Maksim Mrvica.
Keyboard

  • Keyboard merupakan salah satu piano yang hanya dapat memainkan bunyi nada yang sedikit iaitu sebanyak 61 nada sahaja. Keyboard juga tidak memiliki Gradded hammer melainkan model touch response. Note keyboard sangat lembut dan ringan apabila dimainkan.
  • Walau bagaimanapun keyboard mempunyai kemampuan menghasilkan bermacam bunyi alat musik yang lain. Ia juga berkemampuan untuk menghasilkan irama dengan  variasi musik yang berbeza. Jadi, tidak hairanlah satu band dikira lengkap dengan hanya di iringi dengan bantuan satu keyboard sahaja.




Digital Piano

  • Ia merupakan piano yang menggunakan teknologi digital untuk menghasilkan bunyi pada setiap tuts piano. Nada yang dihasilkan juga berbentuk getaran kerana piano jenis ini tidak mempunyai string.
  • Seperti yang lain, Digital piano juga mempunyai 88 nada.Model ini juga menggunakan tipe Gradded Hammer walaupun arus suaranya menggunakan peralihan elektrik.
  • Diantara ciri-ciri lengkap digital piano ialah, working pedals, weighted,Multiple voices dan MIDI interfaces.
  • Kelemahan digital piano ialah setiap kali ia beralih tempat,anda harus menetapkan semula nadanya kembali .

Piano

Siapa tidak kenal akan alat muzik piano, melodinya yang mengasyikkan mampu membuat si pendengar terhibur dengan alunannya. Mari kita singkap sejarah alat muzik ini dengan lebih dekat.
Piano merupakan alat muzik tertua dan termahal, ia juga mempunyai nilai keunikan yang tinggi,tidak semua orang mampu memiliki dan menjadi pianis terkenal kerana proses mempelajarinya memerlukan waktu yang lama untuk menguasai segala macam tuts yang disediakan.

Adakah anda tahu siapakah yang mencipta piano??

Alat muzik ini sebenarnya telah direka pada tahun 1720-an oleh seorang pembuat harpsichord bernama Bartolomeo Cristofori yang berbangsa itali, kata nama asal piano itu sendiri di ambil daripada perkataan itali iaitu pianoforte.Model tradisional pertama yang dicipta oleh Bartolomeo Cristifori diberi nama "gravicembalo col pian e forte” yang bermaksud “harpsichord with soft and load”.

 Gravicembalo col pian e forte
Bartolomeo Cristifori merupakan pencipta yang hebat,walaupun piano tersebut tidak secanggih dan bunyinya tidak sekuat piano yang kita dengar pada zaman kini.Tetapi, beliau merupakan pencetus kreativiti terawal.

Kini, dua daripada hasil ciptaanya masih disimpan sehingga sekarang dan telah ditempatkan di dua museum yang berbeza. Pertama, diletakkan di Metropolitan Museum of Art di New York.Kedua, ditempatkan di Museum Leipzig, Germany. 
Bartolomeo Cristofori history


Assalamualaikum w.b.t & salam keceriaan satu Malaysia.

Melodi, nada, bunyi, atau lebih tepat sekali muzik berlaku dalam kehidupan harian kita sama ada secara semula jadi atau daripada alatnya.

Tiada lautan tanpa deru ombaknya, sunyilah awan tanpa dentuman guruh, dan hilanglah seri angin tanpa bunyi deruannya. Kadang kala bunyi ayam yang berkokok pada waktu pagi lebih memudahkan kita terjaga berbanding jam loceng yang kita mudah meng “off” kan apabila bangkit bunyinya.

Melodi juga tercipta dengan alat muzik yang pelbagai jenis. Tiada manusia yang menempuhi zaman tanpa alat muzik. Malah alat muzik juga turut dimainkan pada zaman baginda seperti paluan kompang. Hal ini bermakna, islam juga mengharuskan alunan alat muzik dalam had yang terbatas.

Justeru, blog ini khas dicipta untuk admin mengisahkan serba sedikit mengenai pelbagai jenis alat muzik tradisional dan moden seperti Piano, gitar, gambus, rebana, kompang dan sebagainya.
lihat etri ini